Friday, November 11, 2011
Wednesday, November 2, 2011
Contoh Rancangan Pengajaran (Wang)
KOMPONEN 1: Tajuk dan tujuan unit
TAJUK : WANG
SUBTAJUK :1. Penambahan melibatkan wang hingga RM100 000
TUJUAN UNIT: Menentukan nilai wang RM 1 hingga RM100 000 dan pengiraan melibatkan
operasi asas tambah (+) , tolak (-) dan darab (x).
Kepentingan TEMA/TAJUK: Mengetahui nilai mata wang Ringgit Malaysia dan
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
KOMPONEN 2: Pengetahuan sedia ada murid
Pengetahuan sedia ada murid:
Pelajaran 1: Murid mengetahui operasi tambah, melibatkan nombor bulat dan perpuluhan
Pelan mencungkil idea:
Pelajaran 1: Sekiranya wang saku murid A ditambah dengan wang saku murid B, berapakah jumlah wang saku kedua-dua murid.
Contoh : RM3 260 + RM 480 = RM3 740
RM3 260
+ RM 480
RM3 740
Idea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapai.
Pelajaran 1: Kekeliruan meletakkan titik perpuluhan dalam bentuk lazim.
Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.
Pelajaran 1: Murid tidak menukar wang dalam unit sen kepada ‘RM” terlebih dahulu.
Contoh : RM 109 + 75 sen
RM 109
+ 75 sen
RM184 sen
Sepatutnya
RM 109.00
+ RM 0.75
RM109.75
KOMPONEN 3: ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN
Hasil pembelajaran: Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
Pelajaran 2: Jumlah wang ialah hasil tambah nilai wang
· Jumlah nilai wang bagi gabungan beberapa keping wang kertas atau syiling atau kedua-duanya dapat dicari dengan menambah kesemua wang tersebut.
· Bagi operasi ‘ +’ yang melibatkan wang, titik perpuluhan yang mengasingkan ringgit dan sen perlu disusun dalam satu garis yang tegak apabila menambah wang dalam bentuk lazim.
· Untuk menyelesaikan masalah harian melibatkan wang. Langkah-langkahnya ialah:
a) Mengumpul maklumat
b) Menentukan cara penyelesaian
c) Menulis ayat matematik dan mengira.
d) Menyemak kawapan
Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan
Pelajaran 1: Pengiraan dalam bentuk lazim dilakukan dari kanan ke kiri.
RM3 260 + RM 480 = RM3 740
RM3 260
+ RM 480
RM3 740
Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori
Pelajaran 1: Jumlah, tambah, pengumpulan semula, nombor bulat, perpuluhan
Peta Konsep
KOMPONEN 4: BAHAN BANTU MENGAJAR DAN BELAJAR
Pelajaran 1: Buku teks, sampel wang kertas, sampel duit syiling, lembaran kerja, kad nombor
KOMPONEN 5: KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelajaran 1:
Fasa 1: Mencungkil idea, mencongak, soal jawab lisan
Fasa 2: Penerangan kemahiran dan tunjuk cara
Fasa 3: Menjawab soalan secara individu
Fasa 4: Soalan lisan, refleksi pembelajaran
Garis Masa (Time-Line)
Pelajaran | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
1 | 5 Minit | 35 Minit | 15 Minit | 5 Minit |
KOMPONEN 6: PELAN PENAKSIRAN
Pelajaran 1:
Fasa 1: Soal jawab lisan
Fasa 2: Penerangan kemahiran
Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (Lampiran 2)
Fasa 4: Soalan lisan, refleksi pembelajaran.
Penaksiran Sumatif (Untuk satu unit)
Ujian topikal: 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur (Lampiran 7)
JSU/JPU: Lampiran 6
Skema pemarkahan :Lampiran 8
KOMPONEN 7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 12 April 2011 Hari : Selasa
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 5 Intelek
Masa : 0745 – 0845 (60 minit)
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Wang hingga RM100 000
Bidang Pembelajaran : Penambahan melibatkan wang hingga RM100 000
Objektif Pembelajaran:Murid – murid akan dapat Menambah 2 hingga 5 nilai wang dengan
betul.
Hasil pembelajaran : Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
A: Menguasai isi kandungan pelajaran
Aras 1: Menambah 2 hingga 5 nilai wang, hasil tambah hingga
RM100 000
Aras 2: Menganggar jumlah nilai wang hingga RM100 000
Aras 3: Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan wang
dalam situasi harian.
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Memproses secara mental.
2. Mencari semua penyelesaian yang mungkin.
3. Menyusun atur
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Amalan berkongsi
2. Berjimat cermat
BBB / BBM : Buku teks, lembaran kerja, contoh wang kertas dan duit syiling.
Perbendaharaan kata : Ringgit, sen, duit kertas, duit syiling, belanja, jumlah, semua.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mempunyai pengetahuan tentang wang.
Langkah Pengajaran :
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Congak (5 minit) | Congak | Guru mengemukakan beberapa soalan penambahan melibatkan nombor bulat dan perpuluhan. Contoh; i . 5+3 = ii. 2 + 1.2 = iii. 3.5 + 4. 2 Guru mengaitkan soalan congak dengan pelajaran seterusnya. | Murid memberi respon | |
Langkah 2/ Menstuktur (35 minit) | Penambahan melibatkan wang Menganggar nilai wang Penyelasaian masalah harian | Guru menerangkan dan mengingatkan murid bahawa penambahan melibatkan wang sama dengan penambahan dalam tajuk nombor bulat dan perpuluhan. Guru menunjukkan kad nombor penambahan wang di papan tulis dan meminta murid menunjukkan pengiraan di papan tulis. Guru meminta murid lain membandingkan jawapan meraka dengan jawapan rakan. Guru meminta murid lain untuk menjawab soalan yang lain. Guru menunjukkan gambar beberapa barangan dan meminta murid menganggarkan harga barangan tersebut. Guru memanggil murid untuk menyebut 4 langkah penyelesaian masalah. Guru mengemukakan beberapa soalan penyelesaian masalah harian melibatkan penambahan dan meminta murid berbincang secara berpasangan untuk mencari jawapan. Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan pengiraan mereka. Guru menyemak jawapan dan meminta murid lain menyemak jawapan mereka. | Murid memberi respon | |
Langkah 3 / Aplikasi (15 minit) | Latihan bertulis secara individu | Guru mendedarkan lembaran kerja bertulis kepada murid. Guru memantau murid semasa membuat latihan. | | |
Langkah 4 / Penutup (5 minit) | Peneguhan | Guru meminta murid menerangkan bagaimana hendak menambah wang dan menyelesaikan masalah harian melibatkan wang. Guru merumuskan isi pelajaran seterusnya mengedarkan latihan peneguhan sebagai kerja rumah. | | |
REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN
Tuesday, November 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)