Wednesday, November 2, 2011

Contoh Rancangan Pengajaran (Wang)

KOMPONEN 1: Tajuk dan tujuan unit
TAJUK          :  WANG
SUBTAJUK  :1. Penambahan melibatkan wang hingga RM100 000
TUJUAN UNIT:  Menentukan nilai wang RM 1 hingga RM100 000 dan pengiraan melibatkan
       operasi asas tambah (+) , tolak (-) dan darab (x).
Kepentingan TEMA/TAJUK: Mengetahui nilai mata wang Ringgit Malaysia dan
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

KOMPONEN 2: Pengetahuan sedia ada murid
Pengetahuan sedia ada murid:
Pelajaran 1: Murid mengetahui operasi tambah, melibatkan  nombor bulat dan perpuluhan
Pelan mencungkil idea:
Pelajaran 1: Sekiranya wang saku murid A ditambah dengan wang saku murid B, berapakah                           jumlah wang saku kedua-dua murid.
       Contoh : RM3 260 + RM 480 = RM3 740
                                    RM3 260
                                + RM   480
                        RM3 740

Idea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapai.
Pelajaran 1: Kekeliruan meletakkan titik perpuluhan dalam bentuk lazim.
Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.
Pelajaran 1: Murid tidak menukar wang dalam unit sen kepada ‘RM” terlebih dahulu.
                   Contoh : RM 109 + 75 sen
                                    RM 109
                                 +          75 sen    
                                    RM184 sen
                                    Sepatutnya
RM 109.00
                                 + RM     0.75       
                                     RM109.75

KOMPONEN 3: ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN
Hasil pembelajaran: Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
Pelajaran 2: Jumlah wang ialah hasil tambah nilai wang
·         Jumlah nilai wang bagi gabungan beberapa keping wang kertas atau syiling atau kedua-duanya dapat dicari dengan menambah kesemua wang tersebut.
·         Bagi operasi ‘ +’  yang melibatkan wang, titik perpuluhan yang mengasingkan ringgit dan sen perlu disusun dalam satu garis yang tegak apabila menambah wang dalam bentuk lazim.
·         Untuk menyelesaikan masalah harian melibatkan wang. Langkah-langkahnya ialah:
a)      Mengumpul maklumat
b)      Menentukan cara penyelesaian
c)      Menulis ayat matematik dan mengira.
d)     Menyemak kawapan
Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan
Pelajaran 1: Pengiraan dalam bentuk lazim dilakukan dari kanan ke kiri.
            RM3 260 + RM 480 = RM3 740
                                    RM3 260
                               +   RM  480
                                    RM3 740

Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori
Pelajaran 1: Jumlah, tambah, pengumpulan semula, nombor bulat, perpuluhan

Peta Konsep


KOMPONEN 4: BAHAN BANTU MENGAJAR DAN BELAJAR

Pelajaran 1: Buku teks, sampel wang kertas, sampel duit syiling, lembaran kerja, kad nombor

KOMPONEN 5: KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelajaran 1:
            Fasa 1: Mencungkil idea, mencongak, soal jawab lisan
            Fasa 2: Penerangan kemahiran dan tunjuk cara
            Fasa 3: Menjawab soalan secara individu
            Fasa 4: Soalan lisan, refleksi pembelajaran

Garis Masa (Time-Line)
Pelajaran
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
1
5 Minit
35 Minit
15 Minit
5 Minit

KOMPONEN 6: PELAN PENAKSIRAN
Pelajaran 1:
            Fasa 1: Soal jawab lisan
Fasa 2: Penerangan kemahiran
Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (Lampiran 2)
Fasa 4: Soalan lisan, refleksi pembelajaran.
Penaksiran Sumatif (Untuk satu unit)
Ujian topikal: 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur (Lampiran 7)
JSU/JPU: Lampiran 6
Skema pemarkahan :Lampiran 8

















KOMPONEN 7
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                          : 12 April 2011                                                            Hari : Selasa
Mata Pelajaran            : Matematik
Kelas                           : 5 Intelek
Masa                            : 0745 – 0845 (60 minit)
Bilangan murid           : 30 orang
Tajuk                           : Wang hingga RM100 000
Bidang Pembelajaran  : Penambahan melibatkan wang hingga RM100 000
Objektif Pembelajaran:Murid – murid akan  dapat Menambah 2 hingga 5 nilai wang dengan
 betul.
Hasil pembelajaran      : Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
A:        Menguasai isi kandungan pelajaran
                                    Aras 1: Menambah 2 hingga 5 nilai wang, hasil tambah hingga
RM100 000
Aras 2: Menganggar jumlah nilai wang hingga RM100 000
Aras 3: Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan wang
dalam situasi harian.
                    B:            Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                                    1. Memproses secara mental.
                                    2. Mencari semua penyelesaian yang mungkin.
                                    3. Menyusun atur
                   C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                    1. Amalan berkongsi
                                    2. Berjimat cermat
BBB / BBM                : Buku teks, lembaran kerja, contoh wang kertas dan duit syiling.
Perbendaharaan kata   : Ringgit, sen, duit kertas, duit syiling, belanja, jumlah, semua.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mempunyai pengetahuan tentang wang.
Langkah Pengajaran    :
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Congak
(5 minit)
Congak
Guru mengemukakan beberapa soalan penambahan melibatkan nombor bulat dan perpuluhan.
Contoh;  i . 5+3 =
              ii. 2 + 1.2 =
             iii. 3.5 + 4. 2
Guru mengaitkan soalan congak dengan pelajaran seterusnya.

Murid memberi respon

Langkah 2/
Menstuktur
(35 minit)
Penambahan melibatkan wang















Menganggar nilai wang


Penyelasaian masalah harian
Guru menerangkan dan mengingatkan murid bahawa penambahan melibatkan wang sama dengan penambahan dalam tajuk nombor bulat dan perpuluhan.

Guru menunjukkan kad nombor penambahan wang di papan tulis dan meminta murid menunjukkan pengiraan di papan tulis.

Guru meminta murid lain membandingkan jawapan meraka dengan jawapan rakan.

Guru meminta murid lain untuk menjawab soalan yang lain.
Guru menunjukkan gambar beberapa barangan dan meminta murid menganggarkan harga barangan tersebut.
Guru  memanggil murid untuk menyebut 4 langkah penyelesaian masalah.

Guru mengemukakan beberapa soalan penyelesaian masalah harian melibatkan penambahan dan meminta murid berbincang secara berpasangan untuk mencari jawapan.
Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan pengiraan mereka.
Guru menyemak jawapan dan meminta murid lain menyemak jawapan mereka.
Murid memberi respon

Langkah 3 / Aplikasi
(15 minit)
Latihan bertulis secara individu
Guru mendedarkan lembaran kerja bertulis kepada murid.

Guru memantau murid semasa membuat latihan.



Langkah 4 / Penutup
(5 minit)
Peneguhan
Guru meminta murid menerangkan bagaimana hendak menambah wang dan menyelesaikan masalah harian melibatkan wang.
Guru merumuskan isi pelajaran seterusnya mengedarkan latihan peneguhan sebagai kerja rumah.



REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN

Tuesday, November 1, 2011

JSPG



Apakah Jadual
Sifir ‘PG’?




*Turutan Jawapan  
 Sifir 1 Hingga 9